BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Stand On This

Stand On This

Saturday, July 30, 2016

#JIWA

12Tahun.. ada apa 12 tahun..?? tanya diri,bangun dari tidur pagi ni masih dalam keadaan berat hati bila hintung dan sedar,ayah TAK ADA sudah 12 tahun.. baru tahu kenapa macam ni...sedih..?? jangan tanya..tak ada satu hari tak berlalu tanpa sedih..sedih tahap kalau tengah kerja,,lari masuk kereta nangis sorang..tahap sedih,,driving tengah highway jalan cerah pun mata basah...sungguh orang tak tahu... bila terkenang selama 12 tahun bukan sedih sebab ayah tak ada tapi sedih sebab biar diri jadi begini..

tak sempat nak minta maaf dengan ayah sebab jadi anak paling nakal,anak sulung yang sangat tak boleh berdikari dan sampai sekarang masih nak pegang tangan ibu,masih nak ibu pujuk,ibu peluk kalau sedih,masih nak ibu suap makan kalau sakit..untuk 2 tahun ni dah cuba bangun sendiri,bangun nak lari dari sedih,dari berat hati..berdosa jadi anak biar ayah ibu begini.

12tahun rindu nak panjat gunung,mandi air terjun,belajar melukis,main hoki. semua kakak tinggal sebab bila buat,rindu datang..cuba secuba hati nak mula semula tapi diri sendiri tak kuat..mampu tengok indah dari gambar kawan dengan hati 'KALAU AYAH ADA'...rindu tahap macam tue dekat ayah. tak tahu bila nak sambung hobi kita sama-sama walaupun cuba pujuk hati kalau buat mesti ayah seronok,mungkin kena cuba lagi bila ada masanya sebab jiwa masih rindu.

jiwa sakit bila ade benda nak share sama-sama kurang ayah nak sambut sama-sama. amik slip exam,amik lesen,beli kereta...semua rasa nak ayah ada tapi akhirnya bila dapat semua,cuma mampu berceloteh sebelah tanah ayah,lagi rasa jiwa berdosa sebab begini. bukan senang yea walau 12 tahun berlalu.

andai ayah tahu betapa kakak rindu,,boleh singgah masuk mimpi sekejap.? nak peluk,nak ketawa,nak tengok ayah senyum sekejap pun cukup..kalau boleh sebab hari ni kosong bila sedar. rindu amat sangat,rindu tak mampu nak bercerita. andai semua boleh tertunai,,indah kan..moga ayah sihat,baik-baik dan tunggu dengan senyum sebab satu je jiwa terima..KITA PASTI HIDUP SAMA-SAMA. jangan lepas tangan kakak ye sebab kakak masih tak mampu nak bawa diri dan kadang-kadang masih sesat.

Salam Rindu Buat Ayah  - ROSLI BIN OTHMAN- #AlFatihah

Thursday, February 25, 2016

A Simple ways of me from A GOVERMENT TEACHER DAUGHTER

Assalammualaikum people, semalam hangat yea,kisah Adik kepada artis di MALAYSIA yang komen tentang SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA DAN CARA PENGAJARAN DI MALAYSIA. Di sini kakak sebagai ANAK GURU SEKOLAH KERAJAAN yang tak berapa nak cerdik ni nak komen sedikit sahaja berkenaan isu itu dan TAK KAN kakak perihalkan isu sekolah INTERNATIONAL sebab tak pernah sekolah omputih pun. huhu..! baca dengan hati terbuka yea dik hasil ketukan keyboard ANAK GURU MALAYSIA ini.

1. PERSOALAN TENTANG QUALIFICATION GURU MALAYSIA.

Adik.. di SKM ramai guru yang mempunyai SIJIL yang amat sangat berkualiti dan ramai guru dari SKM merupakan lepasan IJAZAH LUAR NEGARA. tak tahu...? kalau tak tahu,sila buat kajian sedikit,pergi keppada sekolah sekolah yang terpencil atau bandar dimana ade guru-guru di sekolah itu merupakan Lepasan Ijazah luar Negara dan mereka memilih untuk mengajar di SKM,pernah tanya MENGAPA..?
- JAWAPAN DARI MEREKA SIMPLE SAJA : MEREKA NAK MENAIKKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA KITA INI,DISAMPING MEMBANTU MENAIKKAN SEMANGAT ANAK-ANAK MALAYSIA UNTUK BERJAYA DAN MEMBANTU MURID YANG TIDAK BERKEUPAYAAN UNTUK MENCAPAI CITA-CITA MEREKA. *simple kan* jadi dari aspek mane kamu nak mengatakan GURU di MALAYSIA ini TAK BAGUS.?

2. FOKUS KEPADA SEJARAH DAN MALAYSIA SENDIRI (tak dapat belajar culture negara lain)

Adik..sememangnya kita kena berbangga dengan sejarah MALAYSIA sebab kita negara yang pegangan UTAMA nya masih ISLAM dan masih ade SISTEM RAJA BERPELEMBAGAAN. we should be proud on our country. adakah adik tak tahu betapa ramainya pelancong dari luar negara yang datang ke Malaysia hanya untuk mendalami sejarah dan kehidupan rakyat Malaysia yang masih lagi mempunyai pelbagai etnik. adakah adik sedar bahawa pemikiran macam adik itu bakal mencemar beberapa lagi pemikiran anak-anak muda yang lain yang nak mempelajari budaya barat..untuk apa dibanggakan negara luar kalau IC kamu masih berwarna biru dan kamu masih disini merasa keamanan dana keserasian berbilang kaum. untuk apa.? kalau nak mengatakan budaya negara luar,kita sendiri boleh lihat macam mana pengaruh luar telah banyak merosakkan anak bangsa sendiri..seronok ke tengok anak bangsa rosak sebab budaya barat..? pleaseeee..u as a MALAYSIAN,u should be proud sebab kita masih lagi boleh tengok betapa MELAYU,CINA,INDIA,IBAN,BAJAU dan lain-lain masih boleh duduk semeja minum kopi,makan roti canai...
* marilah belajar dulu budaya di MALAYSIA,kenali pelbagai etnik yang ada di MALAYSIA supaya boleh kita banggakan bila berada di negara asing. bukan bangga bercerita tentang HEBATNYA NEGARA LUAR.

3. BERFIKIRAN DI LUAR KOTAK.

cara berfikir di luar kotak memang diterapkan di SKM iaitu dengan cara KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI(KBAT),ini sebenarnya cara murid diajar berfikir di luar kotak dengan cara menghubungkaitkan kehidupan sehari-hari dengan mata pelajaran di sekolah. di sini lah peranan guru dan murid berlaku bila mereka sama-sama berbincang tentang setiap topik yang dipelajari dan di dalam perbincangan itu maka terkeluar lah segala idea dan cara pemikiran anak-anak murid sendiri tanpa perlu disodok atau ditabur oleh guru itu sendiri..soooo they do think outside the box dik.. jangan nak cuba buat ayat klise dengan cara begitu,adakah adik cuba mengatakan anak-anak Malaysia ini Jumud..? (JUMUD : sila rujuk kamus dewan ok,,bukan oxford..kikiki..)

4. LAMBAKAN KERJA DAN GURU HANYA MENANDA.

ohhh..dikkkk..itu sememangnya berlaku dan kakak tak denied walaupun satu tapi sebenarnya itu lah yang menguji murid itu sendiri,bagaimana murid itu mampu mencapai dan memahami setiap subjek yang dipelajari tapi sebenarnya apa yang adik tak sedar..kebanyakan guru sentiasa berpesan 'KALAU TAK FAHAM BOLEH JUMPA SAYA KEMUDIAN OK' mungkin itu adik tak tahu tapi kena tahu bahawa setiap sekolah pasti ade kelas tambahan selepas sekolah bagi memudahkan murid dan guru berbincang tentang topik mereka yang sebelum-sebelum ini. pada masa tambahan ini lah guru membantu murid membetulkan kesilapan dan masa ini lah murid mencari penerangan dari guru tentang topik-topik tertentu..jadi siapa kata guru hanya menyuap dan meninggalkan murid begitu saja.? (jangan serkap jarang dik) siapa kata jadi guru muda..? kamu cikgu ke..kikiki

5. TOILET - KANTIN : KOTOR

berhubung kotor,jangan nak salahkan SKM kerana itu tiada kena mengena walaupun secebis pun. itu merupakan SIKAP DAN TAMADUN satu-satu anusia.. terkadang kamu tidak perasan yang makcik,pakcik,abang,kakak yang bersihkan tandas dan kantin itu setiap hari tapi adakah mereka pula yang kotorkan..? semestinya tidak kan dan itu semestinya sesetengah sikap murid itu sendiri jadi kenapa perlu salahkan SKM.? di sini mahu akak katakan,di MALAYSIA sendiri berapa banyak tandas yang dicemari oleh mereka yang nampaknya bagus,? itu semua nya datang dari sikap dan diri sendiri dan tiada kena mengena pun dengan KERAJAAN MALAYSIA..sikap macam kamu ini lah yang boleh memupuk sikap,geli tengok tandas kotor,malas nak angkat satu kotak air yang bersepah tepi jalan. tolong la dikkk....!  it's all about behaviour.

6. BERGANTUNG KEPADA GRED@A.

sebenarnya itu salah sama sekali,sistem di MALAYSIA tidak lagi kepada gred..sekarang semua anak-anak Malaysia cuma perlu lulus dalam setiap mata pelajaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan banyak juga IPTA DAN IPTS sudah mula beri peluang kepada murid-murid yang mempunyai gred memuaskan dan kebanyakan mereka ini berjaya,bukan berjaya dapat pointer tinggi tapi berjaya meyelesaikan pengajian dan ada kerja dan sekarang ade yang lagi berjaya dengan kemahiran dari gred. jadi sebenarnya kamu tak tahu dengan gred dan keputusan masa sekolah yang dibawa terus ke universiti sebenarnya telah pun membantu murid itu sendiri untuk mereka gunakan untuk masa depan. gred itu bagus sebenarnya sebab dengan cara itu murid itu sendiri membina daya untuk bersaing dengan rakan mereka,bukan menjatuhkan semangat mereka. jadi bagusnya gred dalah disitu dan tak de lagi guru dalam MALAYSIA ini gunakan gred untuk menjatuhkan semangat murid mereka sendiri tapi mentaliti sesetengah manusia yang menjatuhkan dan membunuh semangat murid yang lemah. faham tak kat situ.?

jadi itu sahaja lah OPINION kakak,yang lain tak de sebab itu lebih kepada kemajuan diri sendiri.

lupa juga nak cakap yang KAKAK SEORANG ANAK GURU MALAYSIA YANG BERSEKOLAH SJK(C) dan kakak tetap belajar budaya mereka ok.! adik juga boleh pergi ke web  (bmspm.net) untuk tengok senarai PELAJAR CEMERLANG MALAYSIA yang terhasil dari SEKOLAH KERAJAAN.

#SKM : SEKOLAH KERAJAAN MALAYSIA

Monday, February 22, 2016

yes..! saya sudah 25 tahun.!

Assalammualaikum sayang-sayang..wah nampaknya memang sah la blog Cik Husna ni bersarang selepas setahun,agaknya memang jari ni nak menaip setahun sekali je kot(duhai jari yang malas).
ape kabar la gamaknya blogger2 sekarang.? almaklum la husna sendiri semenjak dah ade Insta ni duk mencorat coret pepanjang dalam tue..kikiki..orang baca ke tak,,belakang kira yang penting hati tetap seronok dengan coretan sendiri..bosan-bosan boleh belek balik(mesti korang buat gak kan..huhu)

tajuk bersama malam ni berkenaan SAYA SUDAH 25..yup...2016 ni bersamaan dengan umur husna yang sudah pun 25tahun tapi bulan 9 kang le baru cukup umurnya tapi ni nak cerita la perjalanan dah 2 bulan tempuh umur 25tahun ni haa... mostly ramai yang umur macam husna ni tertangkap dengan soalan..

1. NI DAH ADE BOYFRIEND BELUM NI.?
2. BILA NAK NAIK PELAMIN.?
3. EH..TAK KAN LA TAK DE PENGGANTI LANGSUNG
4. KAMU NI BILA LAGI NAK TIANG BABY SENDIRI.?

dan lain-lain lagi la soalan berkenaan KAHWIN ni sebenarnya bila orang-orang duk tanya..husna mampu senyum meleret macam kerang tak de isi je la sebab bila ditanya umpama diri kena rebus dibaluti serai gitue haaa..gamaknya memang umur gini menjengah soalan macam tue je la..bukan la kata nak tany bab keje ke,rumah ke,kereta ke,kasut ke,beg ke..ape diaorang tak tau ke betapa robeknya hati bila dapat soalan macam tue.. kalau la kata bab tue sesenang beli kitkat pastu masuk kete ngap dalam mulut,kann baguss..ini bukan zaman boleh semuanya..kadang-kadang mereka gamaknya tak tahu sepanjang dari tahun 2011 lagi husna cuba berpositifkan diri..kalau kata bab kahwin dan cari pengganti akan la diketuk lagi keyboard ni nanti,KENAPA,MENGAPA la husna tak kawen lagi jadi jangan la bertanya bab kahwin sebab akan la berkoyan-koyan air mata atas bantal nanti..

tapi sebenarnya nak tau jugak memang sekarang ni kalau 25 memang kena kawen ke macam mane..? adakah kalau orang berumur macam husna ni yang tengah menstabilkan emosi dan diri kena kawen SEKARANG JUGAK..adakah diaorang nak tengok husna tup berkahwin tanpa tahu betapa diri sendiri ntah sedia ke tidak..gitue la kan..haishhh la dunia kalau la diaorang tau betapa masih messy nya meja kerja,betapa celarunya hidup lari sana sampaikan diri sendiri lupa banyak benda dan terpaksa ade 3/4 diari sebagai rujukan baru la tahu betapa orang macam saya ni sebenarnya..TAK DE MASA,bukan TAK NAK.

maka cerita saya berumur 25 tahun akan bersambung lagi sebab dah syahdu sangat mata ni..kot datang idea 3pagi nanti kita main ketuk keyboard lagi..

jadi korang umur tahun ni dapat soalan ape..hehehe....

Wednesday, September 2, 2015

Mereka Nyawa Saya

Assalammualaikum...wahhhh....it's been many2 month tak post ni...ehhh..rindu sangat la....tujuan nak start update balik sebab saya rindu nak mengetuk keyboard ni,,termasuk la nak buat luahan perasaan dan dedikasi lagu(lagu ke..??) Hahahaha..!!

Tau tak ni September..?? Saya anak September...!!! Sape anak September..kita sekapal jeee..boleh la buat event sesama kan..kan kan kannnn...! Untuk post kali ni dan berikutnya saya akan buat luahan dedikasi hati tauuu..hahaha..

Post hari ini nak cerita perihal Ibu dan Ayah saya yang awesome dan sabar serta tabah dalam membesar dan mendidik saya tauuu... sungguh bertuah diri bila dilahirkan sebagai Anak Guru dan Anak Pesara Tentera sebab saya banyak belajar tentang kehidupan..bukan sahaja kehidupan sendiri tapi kehidupan orang lain juga...

Anak Guru - Bila dididik dan dibesarkan oleh guru ni,,memang tau la yang Guru ni seorang yang garang...hakikatnya betul sangat sebab Ibu saya garang macam harimau bintang..sekali kalau die jengkil biji Mata memang macam Singa..kenangan masa kecik2..kalau jumpa je Chinese tapi tak cakap Mandarin memang kena Piat telinga sebab saya sekolah Cina tapi manfaat die sekarang la..cakap Mandarin sampai sekarang,kawan pun ramai Chinese..ehh..dah besar baru tau seronok die kan..tue la hasil jengkil mata dengan piat telinga..tapi paling suka sangat Ibu la..sebab nak g Shopping,g Pasar,g Beli Handphone..semua bawak tempat bawa saya...dah macam jurubahasa pun ada..boleh kot claim gaji dengan ibu kan..hahahahaha...(macam la Ibu bagi) 😂😂😂😂 rasa seronok juga jadi anak guru sebab tak payah pun cari Cikgu Tosyenn sebab ade problem,,g dekat Ibu..semua settle..hahaha..! Guru Oh Guruuu...! IBU SAYA SEORANG GURU.. 😇😇😇 you're the Best Teacher in My Life Ibu..Thank You for being a Mom and Teacher for meee..! Nothing could be better without Youuu..! 🙆🙆🙆🙆 我爱你。

Anak Tentera - Eh..tahun ni dah 12Tahun ayah pergi mengadap Illahi..Allahu... sekejap nya masa berlalu..sape nak tau dulu ayah tak,,saya baru 13Tahun sekarang saya dah 24Tahun pun..Rinduuuu..! Tak mau cerita banyak bab tue..nanti nangis tapi nak cerita bila membesar sebagai Anak Tentera..ayah bukan dari orang senang sebab Arwah Atok kawen 3,,ayah dari Isteri Kedua..jadi Ayah membesar dengan cara berdikari dan cara tue ayah didik kami..Berdikari dan saling sayang menyanyangi antara satu sama lain..besar sebagai Anak tentera salah satu hebakk die,,disiplin..bangun awal pagi untuk mulakan hari Indah..jadi masa kecik je bangun awal,dah besor bangun agak lewatttttt sikitttt je..hahahahaha(sorry Ayah)... kenangan paling seronok jadi anak ayah bila pagi pegi sekolah,memang ayah hantor..balik je nanti ada land rover atau anak buah ayah datang amik bawak saya pegi kem..ayah saya mekanik Kete Kebal..jadi bila saya habis sekolah,saya tolong la jadi assistant yang tukang buat semak je..hahaha! Jadi bila balik rumah memang diselubungi minyak..(bukan misteri)..! Hekhekhek... itu kenangan masa kecik..bercerita bab berdikari..ayah selalu pesan 'Ayah orang susah tapi anak-anak kena pandai supaya tak susah macam Ayah'..ehhh...tak susah laa ayahhh....seronok la...bila saya dah besor Ayah ajar saya meniaga,,ibu pandai masak..jadi Ayah amik peluang la kan..biasa nya bila hujung minggu,,Ibu akan buat keropok lekor untuk jual dekat dalam kem,,biasa org tempah..bila time nak hantar tue..saya la hantar..turun naik tingkat 1-3 kuarters dalam Kem Lok Kawi hantar tempahan..seronok amat kot sebab jual langsung orang bagi duit..jadi bila dah habis segala sesi tue,,ayah bagi la upah Seringgit,,(sape ingat duit RM1 emas tue) haaaa memang heaven sangat la kan...hahahahah...saya kena ucap terima kasih selalu sebab ayah ajar saya begitu bukan spoil kan saya dari kecik...!! What a beautiful memories that you gave to me Ayah..! Kakak sayang Ayah sampai Syurga..!

Jadi,,,korang macam mane pulak..? Parents keje ape..? Apa pengalaman Indah korang masa Kexik,,meh cerita kat Akak.. ☺☺☺☺☺ jadi sampai sini dulu nakkk..dah nak maghrib ni..nanti Akak sambung lagi tauuu..! 😢😢😢😢😢😢😢😅😅😅😅😄😄😄😄

Thursday, September 6, 2012

Siapa Wanita Itu.?

Assalammualaikum semua.. sihat..?? sape rase x sihat..sila MAKAN ubat,entry ni didedikasikan untuk seorang WANITA.

Perasaan Saya :

  1. bengang gile bile nak buat benda tu,kena halang
  2. bengang gile bile dah siap2 nk keluar,tup2 kena cancel
  3. bengang gile bile tgh syok2 online/bergayut/tgk tv etc then kena panggil
  4. malasnya bile baru nak bersantai2 pastu kena suruh gi mane2 la kan
  5. geramnye bile hp kite kena amik diam2 and diperiksa isi sedalam-dalamnyaaa..
ini perasaan saya,then bile tanya.. KENAPE BUAT MCM NI.???

ini jawapan berbalas yang pedih menikam QALBU.

  1. Ibu bukan nk tegah sangat but once u big enough,u will know the step u take today is wrong..u nk pergi,pergi la...but if anything happen..dont tell me okay. ---mula berfikir dan melangkah masuk ke bilik. :')
  2. Ibu nk ikut..klu x, xyah pegi.. u already made a mistake once so there is no for 2nd time ok..---mula bentak2 kaki,campak beg then terus masuk bilik.HUH..!! 
  3. blh tlg x.?? g kedai kejap.ade benda x cukup ni then tolong ibu masak!nanti jgn menyesal klu x tau masak---dengan perasaan malasnya bangun dan pergi selepas dibebelin...
  4. kawan ibu ade buat makan2,,jum..(ibunda dah siap)..jom laaa..x baik tau..----what..?? plisss la... its not teenage style la ibu..
  5. hello...sape budak TETT..kenape anta mesej mcm tuh,? call pulak malam2..u call or die call..u have to  remember ok.topap ibu beli,hp ibu bagi so jgn buat mcm2..stop berkawan dengan die ibu x suka.! --- Laaaa..! nk berkawan je...! huhhhh..! bengangnyeeeee...
tapi sebenarnya ade kebenaran dalam setiap kekangan itu (semua situasi di atas masa sekolah ok ) .. bila mana hari ni,kite nk keluar dengan kawan2,ibu kite cume berpesan balik awal dan kite mula berhati2 dalam berkawan dan dalam kepala bernyiang2 suara yang penuh pesanan dulu dan hati mula meronta2 nak balik awal..bile mana kite nak keluar kemana2,rase kaki seperti x diikat tapi langkah masih terjaga sebab pesanan ibu dulu penuh dengan nasihat dan penghuraiannya yang lengkap dengan Kesan di masa hadapan jadi dalam kite berseronok kite masih lagi ingatkan IBU kite. sekarang di mana usia menginjak 21 tahun dan x pandai memasak (saya je ok) jangan salahkan Ibu kite sebab dulu pernah dibebel2 diajak memasak tapi haram xnk dengar dan kesannya dah nampak bile ibu g mane2/kursus..'Hello Pizza Hut' or ' dah,siap2 akak bawak g makan' SAYA TAK PANDAI MEMASAK..poor me. :(  bile ibu ajak untuk berkenalan dengan kawan2nya,mestilah rase kekok kan tapi bile dah mula membesar kite mula perasan yang ank2 kawan ibu ade seusia kite dan blh kite berkongsi idea. dan drama terakhir berkaitan PENYIASATAN HANDPHONE,mula terperasan bile dah berumur mcm ni,,dah xde penyiasat peribadi lagi tapi kite sendiri dah pandai dalam memilih dan menilai setiap perbuatan itu,baik buruk nya dan kesan untuk diri kite sendiri..

Wanita itu adalah IBU kite.! die buat semua itu sebelum kite dewasa dan bile kite sudah dewasa kite mula berfikir dan mula terasa sunyi sebab xde lagi peneman bile nak keluar,xde lagi paksaan dan xde lagi BEBELAN berbisa dari ibu.. sebagai anak saya nak ucapkan TERIMA KASIH IBU kerana beri saya permulaan untuk melangkah ke alam ini :) 



Tuesday, August 28, 2012

Buat Pejuang Malaysia

Assalammualaikum..a word for u MALAYSIAN WARRIOR..

Ape Pengorbanan mereka.??

  • mereka bangun seawal 5.30 pagi untuk menunaikan tanggungjawab.
  • mereka bertugas/bertungkus lumus dalam pekerjaan.
  • mereka bukan kepunyaan keluarga sepenuhnya.
  • mereka x punya masa seperti insan lain.
  • mereka korbankan segalanya untuk kita.
  • mereka bersengkang mata di kala kita lena diulit mimpi.
  • mereka menangis di medan mengenangkan keluarga yang jauh.
pernah kite bertanya di dalam diri.. KENAPA MEREKA LAKUKAN..?? di sini jawapan dari SAYA
  • mereka bangun seawal 5.30 pagi untuk menunaikan tanggungjawab kepada Tuhan,Keluarga dan Negara. mereka bangun menadah tangan untuk mempermudahkan perjuangan mereka.
  • mereka bertugas bukan hanya mencari sesuap nasi tapi untuk mempertahankan keamanan Negara.
  • mereka bukan hak keluarga kerana telah tertancap di hati mereka pejuang negara.
  • mereka x punya masa 24jam bersama keluarga kerana mereka hak negara selama 48jam.
  • mereka korbankan masa untuk keluarga demi menjaga keselamatan negara.
  • mereka sibuk ditugaskan/dihantar bertugas kemana2 dan kadang kala tidak cukup masa tidurnya.
  • mereka menangis di sempadan peperangan lebih dari anak muda di perantauan kerana di hati mereka. INI TANGGUNGJAWAB KAMI..! 
doa untuk Kamu.

Ya Allah Ya Tuhanku,permudahkan lah perjuangan mereka,
Kau lindungilah mereka.

Ya Allah Ya Tuhanku,berkatilah setiap keringat mereka,
Kau lindungilah keluarga mereka.

Ya Allah Ya Tuhanku,tabahkan lah hari2 mereka
Kau limpahilah anak2 kecil mereka dengan kasih sayang-Mu

Ya Allah Ya Tuhanku,perhalusilah niat mereka dalam perjuangan itu,
Kau limpahilah kurniaan nikmat-Mu kepada mereka.

Sesungguhnya Engkau lebih Mengetahui.
Kau panjangkan Doa kami untuk mereka Ya Allah. 

buat semua,x kira tentera DARAT,LAUT dan UDARA. TERIMA KASIH ATAS PENGORBANAN SEMUA..

coretan dari saya. NUR HUSNA.

Tuesday, August 14, 2012

makna raya

Assalammualaikum semua. :) wah,,nampaknye ramai dah x sabar nak beraya yea.. tapi dengan tajuk harini ialah MAKNA RAYA UNTUK GADIS BERUMUR 21 tahun..

memandangkan kite dah nak raya kan bermakna peningkatan umur berlaku terhadap HUSNA.. can u believe it..??? oh noooo..! beraya pada umur 21 membuatkan agak kurang sikit perasaan nya cuma yang ada lebih kepada nak duduk rumah berehat,ziarah saudara/kawan n lain2 dan paling pasti TIDOOO..! awesomeeee kan..?? tapi walaupun feeling raye dah x same mcm dulu2 kan excited nak jalan raya and kumpul duit raya berbeza dengan bila dah berumur 21 ni sebab lebih kepada nak shopping je lebih..hehehe..but anyone wanna give DUIT RAYA to 21 ladies ni..?? plissss :'(  

Shopping adalah kegemaran semua org termasuk lelaki,,betul x golongan lelaki..??(jgn tipu tau)..untuk tahun ni banyak shopping baju kurung je..handbag+kasut x beli sebab ibu kata 'kakak,,x cukup ke yang dah berderet2 ni??' hehehe..so xde lah yea,blh berangan je..tapi rasenye ramai dah shopping berhabis-habisan ni dan paling pasti,husna ternampak alahai,,ramainya kelibat2 lelaki yang x kurang jugak shopping nye... bukan window shopping tapi SHOOPING..biasanya perempuan je yang excited ni husna tgk lelaki pun penuh dekat tangan tau,,blh tahan juga jejaka2 malaya ni... dan makin dekat nak raya,,banyak la sale so makin menjadi2 org dekat shopping complex or mane2 je la..sebab semua org nak nampak perfect but for 21 ladies ni...i think kurung is enough :( x dpt handbag dengan kasut baru,sedih sikit..

destinasi kami tahun ni adalah TERENGGANU..! so terengganu,wait for ussss..! huuhuhu,,,agak+sangat+terlampau excited teramat sangat tau..hihi..hopefully it will be so exciting for us dan kami amat suke sebab dapat jumpa atok..yeayyyyy..!!! as u all know,,i'm 21 this year so i will drive to anywhere or else bring my family jalan2 la kan.. hehehe...

harapan raya untuk saya yang berumur 21 tahun ni... SAYA NAK DUIT RAYA.....!!!!!