BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Stand On This

Stand On This

Saturday, July 30, 2016

#JIWA

12Tahun.. ada apa 12 tahun..?? tanya diri,bangun dari tidur pagi ni masih dalam keadaan berat hati bila hintung dan sedar,ayah TAK ADA sudah 12 tahun.. baru tahu kenapa macam ni...sedih..?? jangan tanya..tak ada satu hari tak berlalu tanpa sedih..sedih tahap kalau tengah kerja,,lari masuk kereta nangis sorang..tahap sedih,,driving tengah highway jalan cerah pun mata basah...sungguh orang tak tahu... bila terkenang selama 12 tahun bukan sedih sebab ayah tak ada tapi sedih sebab biar diri jadi begini..

tak sempat nak minta maaf dengan ayah sebab jadi anak paling nakal,anak sulung yang sangat tak boleh berdikari dan sampai sekarang masih nak pegang tangan ibu,masih nak ibu pujuk,ibu peluk kalau sedih,masih nak ibu suap makan kalau sakit..untuk 2 tahun ni dah cuba bangun sendiri,bangun nak lari dari sedih,dari berat hati..berdosa jadi anak biar ayah ibu begini.

12tahun rindu nak panjat gunung,mandi air terjun,belajar melukis,main hoki. semua kakak tinggal sebab bila buat,rindu datang..cuba secuba hati nak mula semula tapi diri sendiri tak kuat..mampu tengok indah dari gambar kawan dengan hati 'KALAU AYAH ADA'...rindu tahap macam tue dekat ayah. tak tahu bila nak sambung hobi kita sama-sama walaupun cuba pujuk hati kalau buat mesti ayah seronok,mungkin kena cuba lagi bila ada masanya sebab jiwa masih rindu.

jiwa sakit bila ade benda nak share sama-sama kurang ayah nak sambut sama-sama. amik slip exam,amik lesen,beli kereta...semua rasa nak ayah ada tapi akhirnya bila dapat semua,cuma mampu berceloteh sebelah tanah ayah,lagi rasa jiwa berdosa sebab begini. bukan senang yea walau 12 tahun berlalu.

andai ayah tahu betapa kakak rindu,,boleh singgah masuk mimpi sekejap.? nak peluk,nak ketawa,nak tengok ayah senyum sekejap pun cukup..kalau boleh sebab hari ni kosong bila sedar. rindu amat sangat,rindu tak mampu nak bercerita. andai semua boleh tertunai,,indah kan..moga ayah sihat,baik-baik dan tunggu dengan senyum sebab satu je jiwa terima..KITA PASTI HIDUP SAMA-SAMA. jangan lepas tangan kakak ye sebab kakak masih tak mampu nak bawa diri dan kadang-kadang masih sesat.

Salam Rindu Buat Ayah  - ROSLI BIN OTHMAN- #AlFatihah

Thursday, February 25, 2016

A Simple ways of me from A GOVERMENT TEACHER DAUGHTER

Assalammualaikum people, semalam hangat yea,kisah Adik kepada artis di MALAYSIA yang komen tentang SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA DAN CARA PENGAJARAN DI MALAYSIA. Di sini kakak sebagai ANAK GURU SEKOLAH KERAJAAN yang tak berapa nak cerdik ni nak komen sedikit sahaja berkenaan isu itu dan TAK KAN kakak perihalkan isu sekolah INTERNATIONAL sebab tak pernah sekolah omputih pun. huhu..! baca dengan hati terbuka yea dik hasil ketukan keyboard ANAK GURU MALAYSIA ini.

1. PERSOALAN TENTANG QUALIFICATION GURU MALAYSIA.

Adik.. di SKM ramai guru yang mempunyai SIJIL yang amat sangat berkualiti dan ramai guru dari SKM merupakan lepasan IJAZAH LUAR NEGARA. tak tahu...? kalau tak tahu,sila buat kajian sedikit,pergi keppada sekolah sekolah yang terpencil atau bandar dimana ade guru-guru di sekolah itu merupakan Lepasan Ijazah luar Negara dan mereka memilih untuk mengajar di SKM,pernah tanya MENGAPA..?
- JAWAPAN DARI MEREKA SIMPLE SAJA : MEREKA NAK MENAIKKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA KITA INI,DISAMPING MEMBANTU MENAIKKAN SEMANGAT ANAK-ANAK MALAYSIA UNTUK BERJAYA DAN MEMBANTU MURID YANG TIDAK BERKEUPAYAAN UNTUK MENCAPAI CITA-CITA MEREKA. *simple kan* jadi dari aspek mane kamu nak mengatakan GURU di MALAYSIA ini TAK BAGUS.?

2. FOKUS KEPADA SEJARAH DAN MALAYSIA SENDIRI (tak dapat belajar culture negara lain)

Adik..sememangnya kita kena berbangga dengan sejarah MALAYSIA sebab kita negara yang pegangan UTAMA nya masih ISLAM dan masih ade SISTEM RAJA BERPELEMBAGAAN. we should be proud on our country. adakah adik tak tahu betapa ramainya pelancong dari luar negara yang datang ke Malaysia hanya untuk mendalami sejarah dan kehidupan rakyat Malaysia yang masih lagi mempunyai pelbagai etnik. adakah adik sedar bahawa pemikiran macam adik itu bakal mencemar beberapa lagi pemikiran anak-anak muda yang lain yang nak mempelajari budaya barat..untuk apa dibanggakan negara luar kalau IC kamu masih berwarna biru dan kamu masih disini merasa keamanan dana keserasian berbilang kaum. untuk apa.? kalau nak mengatakan budaya negara luar,kita sendiri boleh lihat macam mana pengaruh luar telah banyak merosakkan anak bangsa sendiri..seronok ke tengok anak bangsa rosak sebab budaya barat..? pleaseeee..u as a MALAYSIAN,u should be proud sebab kita masih lagi boleh tengok betapa MELAYU,CINA,INDIA,IBAN,BAJAU dan lain-lain masih boleh duduk semeja minum kopi,makan roti canai...
* marilah belajar dulu budaya di MALAYSIA,kenali pelbagai etnik yang ada di MALAYSIA supaya boleh kita banggakan bila berada di negara asing. bukan bangga bercerita tentang HEBATNYA NEGARA LUAR.

3. BERFIKIRAN DI LUAR KOTAK.

cara berfikir di luar kotak memang diterapkan di SKM iaitu dengan cara KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI(KBAT),ini sebenarnya cara murid diajar berfikir di luar kotak dengan cara menghubungkaitkan kehidupan sehari-hari dengan mata pelajaran di sekolah. di sini lah peranan guru dan murid berlaku bila mereka sama-sama berbincang tentang setiap topik yang dipelajari dan di dalam perbincangan itu maka terkeluar lah segala idea dan cara pemikiran anak-anak murid sendiri tanpa perlu disodok atau ditabur oleh guru itu sendiri..soooo they do think outside the box dik.. jangan nak cuba buat ayat klise dengan cara begitu,adakah adik cuba mengatakan anak-anak Malaysia ini Jumud..? (JUMUD : sila rujuk kamus dewan ok,,bukan oxford..kikiki..)

4. LAMBAKAN KERJA DAN GURU HANYA MENANDA.

ohhh..dikkkk..itu sememangnya berlaku dan kakak tak denied walaupun satu tapi sebenarnya itu lah yang menguji murid itu sendiri,bagaimana murid itu mampu mencapai dan memahami setiap subjek yang dipelajari tapi sebenarnya apa yang adik tak sedar..kebanyakan guru sentiasa berpesan 'KALAU TAK FAHAM BOLEH JUMPA SAYA KEMUDIAN OK' mungkin itu adik tak tahu tapi kena tahu bahawa setiap sekolah pasti ade kelas tambahan selepas sekolah bagi memudahkan murid dan guru berbincang tentang topik mereka yang sebelum-sebelum ini. pada masa tambahan ini lah guru membantu murid membetulkan kesilapan dan masa ini lah murid mencari penerangan dari guru tentang topik-topik tertentu..jadi siapa kata guru hanya menyuap dan meninggalkan murid begitu saja.? (jangan serkap jarang dik) siapa kata jadi guru muda..? kamu cikgu ke..kikiki

5. TOILET - KANTIN : KOTOR

berhubung kotor,jangan nak salahkan SKM kerana itu tiada kena mengena walaupun secebis pun. itu merupakan SIKAP DAN TAMADUN satu-satu anusia.. terkadang kamu tidak perasan yang makcik,pakcik,abang,kakak yang bersihkan tandas dan kantin itu setiap hari tapi adakah mereka pula yang kotorkan..? semestinya tidak kan dan itu semestinya sesetengah sikap murid itu sendiri jadi kenapa perlu salahkan SKM.? di sini mahu akak katakan,di MALAYSIA sendiri berapa banyak tandas yang dicemari oleh mereka yang nampaknya bagus,? itu semua nya datang dari sikap dan diri sendiri dan tiada kena mengena pun dengan KERAJAAN MALAYSIA..sikap macam kamu ini lah yang boleh memupuk sikap,geli tengok tandas kotor,malas nak angkat satu kotak air yang bersepah tepi jalan. tolong la dikkk....!  it's all about behaviour.

6. BERGANTUNG KEPADA GRED@A.

sebenarnya itu salah sama sekali,sistem di MALAYSIA tidak lagi kepada gred..sekarang semua anak-anak Malaysia cuma perlu lulus dalam setiap mata pelajaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan banyak juga IPTA DAN IPTS sudah mula beri peluang kepada murid-murid yang mempunyai gred memuaskan dan kebanyakan mereka ini berjaya,bukan berjaya dapat pointer tinggi tapi berjaya meyelesaikan pengajian dan ada kerja dan sekarang ade yang lagi berjaya dengan kemahiran dari gred. jadi sebenarnya kamu tak tahu dengan gred dan keputusan masa sekolah yang dibawa terus ke universiti sebenarnya telah pun membantu murid itu sendiri untuk mereka gunakan untuk masa depan. gred itu bagus sebenarnya sebab dengan cara itu murid itu sendiri membina daya untuk bersaing dengan rakan mereka,bukan menjatuhkan semangat mereka. jadi bagusnya gred dalah disitu dan tak de lagi guru dalam MALAYSIA ini gunakan gred untuk menjatuhkan semangat murid mereka sendiri tapi mentaliti sesetengah manusia yang menjatuhkan dan membunuh semangat murid yang lemah. faham tak kat situ.?

jadi itu sahaja lah OPINION kakak,yang lain tak de sebab itu lebih kepada kemajuan diri sendiri.

lupa juga nak cakap yang KAKAK SEORANG ANAK GURU MALAYSIA YANG BERSEKOLAH SJK(C) dan kakak tetap belajar budaya mereka ok.! adik juga boleh pergi ke web  (bmspm.net) untuk tengok senarai PELAJAR CEMERLANG MALAYSIA yang terhasil dari SEKOLAH KERAJAAN.

#SKM : SEKOLAH KERAJAAN MALAYSIA

Monday, February 22, 2016

yes..! saya sudah 25 tahun.!

Assalammualaikum sayang-sayang..wah nampaknya memang sah la blog Cik Husna ni bersarang selepas setahun,agaknya memang jari ni nak menaip setahun sekali je kot(duhai jari yang malas).
ape kabar la gamaknya blogger2 sekarang.? almaklum la husna sendiri semenjak dah ade Insta ni duk mencorat coret pepanjang dalam tue..kikiki..orang baca ke tak,,belakang kira yang penting hati tetap seronok dengan coretan sendiri..bosan-bosan boleh belek balik(mesti korang buat gak kan..huhu)

tajuk bersama malam ni berkenaan SAYA SUDAH 25..yup...2016 ni bersamaan dengan umur husna yang sudah pun 25tahun tapi bulan 9 kang le baru cukup umurnya tapi ni nak cerita la perjalanan dah 2 bulan tempuh umur 25tahun ni haa... mostly ramai yang umur macam husna ni tertangkap dengan soalan..

1. NI DAH ADE BOYFRIEND BELUM NI.?
2. BILA NAK NAIK PELAMIN.?
3. EH..TAK KAN LA TAK DE PENGGANTI LANGSUNG
4. KAMU NI BILA LAGI NAK TIANG BABY SENDIRI.?

dan lain-lain lagi la soalan berkenaan KAHWIN ni sebenarnya bila orang-orang duk tanya..husna mampu senyum meleret macam kerang tak de isi je la sebab bila ditanya umpama diri kena rebus dibaluti serai gitue haaa..gamaknya memang umur gini menjengah soalan macam tue je la..bukan la kata nak tany bab keje ke,rumah ke,kereta ke,kasut ke,beg ke..ape diaorang tak tau ke betapa robeknya hati bila dapat soalan macam tue.. kalau la kata bab tue sesenang beli kitkat pastu masuk kete ngap dalam mulut,kann baguss..ini bukan zaman boleh semuanya..kadang-kadang mereka gamaknya tak tahu sepanjang dari tahun 2011 lagi husna cuba berpositifkan diri..kalau kata bab kahwin dan cari pengganti akan la diketuk lagi keyboard ni nanti,KENAPA,MENGAPA la husna tak kawen lagi jadi jangan la bertanya bab kahwin sebab akan la berkoyan-koyan air mata atas bantal nanti..

tapi sebenarnya nak tau jugak memang sekarang ni kalau 25 memang kena kawen ke macam mane..? adakah kalau orang berumur macam husna ni yang tengah menstabilkan emosi dan diri kena kawen SEKARANG JUGAK..adakah diaorang nak tengok husna tup berkahwin tanpa tahu betapa diri sendiri ntah sedia ke tidak..gitue la kan..haishhh la dunia kalau la diaorang tau betapa masih messy nya meja kerja,betapa celarunya hidup lari sana sampaikan diri sendiri lupa banyak benda dan terpaksa ade 3/4 diari sebagai rujukan baru la tahu betapa orang macam saya ni sebenarnya..TAK DE MASA,bukan TAK NAK.

maka cerita saya berumur 25 tahun akan bersambung lagi sebab dah syahdu sangat mata ni..kot datang idea 3pagi nanti kita main ketuk keyboard lagi..

jadi korang umur tahun ni dapat soalan ape..hehehe....